Jumaat, 26 Februari 2010
KURSUS MODUL PENGAJARAN KOMSAS TINGKATAN 1 DAN 4
Pada 22 Feb hingga 24 Februari 2010, telah diadakan kursus Modul Pengajaran KOMSAS kepada guru-guru Bahasa Melayu tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah-sekolah Menengah seluruh Kelantan bertempat di BTPN, Kota Bharu. Kursus ini anjuran Unit Bahasa, Jabatan Pelajaran Kelantan di bawah kelolaan Ketua Penolong pengarah Unit Bahasa, Encik Mohd Hassany Hashim. Para fasilitor terdiri daripada barisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Jurulatih Utama yang diketuai oleh Puan Rohaida bt. Abas, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SMKA Naim Lilbanat. Antara fasilitator lain yang terlibat ialah Encik Nik Nur Ahmarizam (SMK Dato' Ahmad Maher), Encik Muhammad bin Daud (SMSTMFP), Puan Zaiton (SMK Beris Panchor), Puan Rohana Mohd. Noor(SMK Kamil) dan Puan Rohaida sendiri yang masing-masing membentangkan kertas kerja berhubung dengan modul pengajaran KOMSAS mengikut genre yang ditetapkan. Kursus ini diteruskan pada hari berikutnya dengan perbengkelan. Sambutan daripada para guru amat memberangsangkan. Semoga kursus ini akan memberi banyak manfaat kepada para guru Bahasa Melayu dan dapat diaplikasikan oleh mereka apabila balik ke sekolah masing-masing. Bahan-bahan kursus, termasuklah hasil tugasan perbengkelan akan dimurnikan dan dimuatkan dalam blog ini dan pautan blog akademik bahasa sedikit masa lagi. terima kasih atas kesudian para guru berkampung selama 3 hari di BTPN, Kota Bharu atas satu semangat dan hasrat iaitu memartabatkan dan meningkatkan profesionalisme para guru dalam P&P Bahasa Melayu. Semoga cita-cita kita semua ingin melihat kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu akan tercapai. Terima kasih.
Selasa, 9 Februari 2010
CARA MUDAH MENGAJAR RUMUSAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya mengajar pelajar menulis rumusan di dalam kelas saya. Seperti biasa, saya menggunakan kaedah mudah menulis rumusan yang saya cipta sendiri iaitu KAEDAH PSTK 1621. Kaedah ini saya reka khusus agar pelajar saya mendapat markah penuh iaitu 30/30 bagi penulisan rumusan. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan tertanya-tanya apa itu KAEDAH PSTK 1621.
KAEDAH PSTK 1621 digunakan dengan menggunakan rumus matematik. Ilham ini timbul apabila saya melihat Plat kereta. Saya berpendapat setiap individu yang memiliki kenderaan akan ingat nombor plat kenderaan masing-masing. Oleh itu, saya analogikan rumusan ini sebagai kenderaan pelajar, dan PSTK 1621 itu sebagai nombor platnya. Di bawah ini rumus bagi kaedah tersebut:-
P = Pendahuluan.
S = Isi Tersurat
T = Tersirat
K= Kesimpulan
Biasanya pendahuluan terdiri daripada 1 ayat; oleh itu saya tandakan P=1 (maknanya satu isi; satu ayat)
Manakala isi tersurat (T) terdiri daripada 6 isi; 1 isi memerlukan 1 ayat; oleh itu 6 isi = 6 ayat ---> S=6.
Isi Tersirat pula diperlukan sebanyak 2 isi. 2 isi bermakna 2 ayat -----> T =2. Akhir sekali, kesimpulan (K) terdiri daripada 1 ayat -----> K=1. Rumusannya PSTK 1621.
Secara keseluruhannya, saya mengandaikan pelajar akan membuat rumus begini:-
P = 1 isi; 1 ayat ; satu ayat mengandungi lebih kurang 10 -14 patah perkataan.
S = 6 isi; 6 ayat ; 6x 10 patah perkataan ----------> 60 patah perkataan
T = 2 isi; 2 ayat ; 2x 10 patah perkataan ----------> 20 patah perkataan
K = 1 ayat ; 1x10- 14 patah perkataan -------> 14 patah perkataan
________________
JUMLAH PERKATAAN -------> 108 patah perkataan.
Oleh itu, saya telah menyelesaikan masalah membilang perkataan dan masalah terlebih perkataan dalam rumusan. Saya sebenarnya menggunakan jadual bagi memudahkan pelajar saya membuat kerangka rumusan, terutamanya pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan pengajaran menulis rumusan seperti pelajar
tingkatan 4. Namun jadual Jadual tersebut tidak dapat saya sertakan di sini . Cara saya membuat kerangka rumusan adalah seperti berikut:
Contoh: Pendahuluan
Petikan merumus tentang cara-cara mengangani budaya samseng di sekolah ( 8 )
Antara langkah-langkahnya ialah Kementerian Pelajaran Malaysian telah menghantar pekeliling kepada semua pengetua sekolah agar membanteras budaya samseng secara bersungguh-sungguh (17). selain itu, Pihak sekolah harus menjadi tempat yang paling selamat untuk para pelajar mengadu masalah (15). Guru kaunseling juga harus bertindak proaktif untuk merapatkan hubungan dengan pelajar (11) dan membantu mereka(3). Malahan, guru-guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar tentang keburukan budaya samseng yang akan memusnahkan hidup mereka(15). Akhir sekali, Pengajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral dapat menitikberatkan cara-cara menjalani hidup positif dan dapat membina jati diri pelajar (17).
Budaya samseng perlu ditangani agar dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi (10). Selain itu, dapat mengelakkan berlakunya jenayah yang lebih serius (9).
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu menangani budaya samseng di sekolah agar dapat melahirkan generasi berwawasan (15).
Daripada rumusan itu, kita akan dapati PSTK 1621 adalah seperti berikut:
P= 1 ayat ; 8 pp = 2 m
S= 6 ayat ; 78pp = 12 m
T= 2 ayat ; 19pp = 4 m
K= 1 ayat ; 15 pp = 2 m
_________________________
10 ayat ; 120 pp = 20m
_________________________
Isi (I) = 20m
Bahasa (B)= 10 m ------> 1/2 daripada isi
_____
30 m
_____
Demikianlah hasil penulisan rumusan yang saya ajar pada hari ini. rumusan yang ditulis oleh pelajar mengandungi 120 patah perkataan menepati kehendak soalan dan semua elemen yang diperlukan ada dalam rumusan itu. pelajar-pelajar saya sentiasa tersenyum lebar kerana kaedah PSTK 1621 ini telah memudahkan pembelajaran mereka pada hari. Saya berharap agar saya dapat berkongsi kaedah ini bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan diluar sana. Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi saya melalui email: rohaida@gc.gmail.com.
sekian. Terima kasih.

Isnin, 8 Februari 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman blog saya. Sebagaimana yang tertera pada alamat blog saya, tentu sekali saya mengalu-alukan kunjungan daripada saudara dan saudari di luar sana untuk berbicara tentang bidang Bahasa Melayu. Untuk makluman saudara-saudari, saya merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan telah berkhidmat selama 21 tahun. sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru, saya tidak pernah mengajar mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran Bahasa Melayu. Boleh dikatakan mata pelajaran ini sudah sebati dengan jiwa saya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kunjungan saudara-saudari, terutamanya guru-guru Bahasa Melayu, penggiat-penggiat Bahasa Melayu, malah sesiapa sahaja yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan bersama saya demi memartabatkan Bahasa Melayu, terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan negara, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga harus turut berubah. Hal ini tidak terkecuali dalam pengajaran Bahasa Melayu, lebih-lebih lagi Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran merentas kurikulum. Pemantapan penguasaan dan pengajaran Bahasa Melayu amat penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Atas keperluan itulah saya ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama ingin menyebarluaskan maklumat tentang Bahasa Melayu yang saya peroleh daripada pelbagai sumber dengan saudara dan saudari.
Semoga hasrat murni kita semua untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah akan menjadi lebih baik, terancang dan menarik. Walaupun tumpuan saya lebih kepada bicara bahasa Melayu, namun saya juga tidak menolak untuk berbual bicara tentang hal-hal lain yang relevan dan sesuai dan mengikut perkembangan semasa sebagai satu proses percambahan minda.
Akhir kata. selamat Datang ke Laman Blog Saya... salam perkenalan daripada saya.
-Cikgu BM-
Langgan:
Catatan (Atom)