Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman blog saya. Sebagaimana yang tertera pada alamat blog saya, tentu sekali saya mengalu-alukan kunjungan daripada saudara dan saudari di luar sana untuk berbicara tentang bidang Bahasa Melayu. Untuk makluman saudara-saudari, saya merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan telah berkhidmat selama 21 tahun. sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru, saya tidak pernah mengajar mata pelajaran lain selain daripada mata pelajaran Bahasa Melayu. Boleh dikatakan mata pelajaran ini sudah sebati dengan jiwa saya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kunjungan saudara-saudari, terutamanya guru-guru Bahasa Melayu, penggiat-penggiat Bahasa Melayu, malah sesiapa sahaja yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan bersama saya demi memartabatkan Bahasa Melayu, terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan negara, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga harus turut berubah. Hal ini tidak terkecuali dalam pengajaran Bahasa Melayu, lebih-lebih lagi Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran merentas kurikulum. Pemantapan penguasaan dan pengajaran Bahasa Melayu amat penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Atas keperluan itulah saya ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama ingin menyebarluaskan maklumat tentang Bahasa Melayu yang saya peroleh daripada pelbagai sumber dengan saudara dan saudari.
Semoga hasrat murni kita semua untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah akan menjadi lebih baik, terancang dan menarik. Walaupun tumpuan saya lebih kepada bicara bahasa Melayu, namun saya juga tidak menolak untuk berbual bicara tentang hal-hal lain yang relevan dan sesuai dan mengikut perkembangan semasa sebagai satu proses percambahan minda.
Akhir kata. selamat Datang ke Laman Blog Saya... salam perkenalan daripada saya.
-Cikgu BM-
Kak Da, saya merupakan guru YIK yang mengikuti kursus komsas ting.1.Banyak maklumat-maklumat baru yang amat berguna untuk saya gunakan dalam P&P di sekolah. Sebagai seorang guru novis yang setahun jagung dalam mengajar bahasa melayu, saya merasakan sangat bersemangat untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam P&P berkaitan mata pelajaran bahasa melayu. Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat menimba pengalaman daripada kak da dan terima kasih kerana saya telah mendapat banyak maklumat dan tidak lagi merasakan terpinggir dan dianaktirikan oleh guru-guru kementerian kerana kami guru-guru YIK sering dipandang sebagai tidak profesional oleh masyarakat atau oleh guru-guru kementerian sendiri.Tetapi insyaallah, keikhlasan kami mendidik pelajar mungkin ada hikmah dan ganjaran yang ALLAH telah tentukan.
BalasPadamsalam,
BalasPadamk'da, sy merupakan guru yik yg mengikuti kursus komsas. sekarang saya sungguh bersemangat untuk mengajar mata pelajaran bm setelah mengikuti kursus tersebut. sebagai guru novis saya dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam p&p. saya berharap k'da dapat membatu saya sekiranya saya mempunyai masalah. terima kasik KAK DA...