Jumaat, 26 Februari 2010
KURSUS MODUL PENGAJARAN KOMSAS TINGKATAN 1 DAN 4
Pada 22 Feb hingga 24 Februari 2010, telah diadakan kursus Modul Pengajaran KOMSAS kepada guru-guru Bahasa Melayu tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah-sekolah Menengah seluruh Kelantan bertempat di BTPN, Kota Bharu. Kursus ini anjuran Unit Bahasa, Jabatan Pelajaran Kelantan di bawah kelolaan Ketua Penolong pengarah Unit Bahasa, Encik Mohd Hassany Hashim. Para fasilitor terdiri daripada barisan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Jurulatih Utama yang diketuai oleh Puan Rohaida bt. Abas, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SMKA Naim Lilbanat. Antara fasilitator lain yang terlibat ialah Encik Nik Nur Ahmarizam (SMK Dato' Ahmad Maher), Encik Muhammad bin Daud (SMSTMFP), Puan Zaiton (SMK Beris Panchor), Puan Rohana Mohd. Noor(SMK Kamil) dan Puan Rohaida sendiri yang masing-masing membentangkan kertas kerja berhubung dengan modul pengajaran KOMSAS mengikut genre yang ditetapkan. Kursus ini diteruskan pada hari berikutnya dengan perbengkelan. Sambutan daripada para guru amat memberangsangkan. Semoga kursus ini akan memberi banyak manfaat kepada para guru Bahasa Melayu dan dapat diaplikasikan oleh mereka apabila balik ke sekolah masing-masing. Bahan-bahan kursus, termasuklah hasil tugasan perbengkelan akan dimurnikan dan dimuatkan dalam blog ini dan pautan blog akademik bahasa sedikit masa lagi. terima kasih atas kesudian para guru berkampung selama 3 hari di BTPN, Kota Bharu atas satu semangat dan hasrat iaitu memartabatkan dan meningkatkan profesionalisme para guru dalam P&P Bahasa Melayu. Semoga cita-cita kita semua ingin melihat kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu akan tercapai. Terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan