Cari Blog Ini

Selasa, 9 Februari 2010

CARA MUDAH MENGAJAR RUMUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Hari ini saya mengajar  pelajar menulis  rumusan di dalam kelas saya.  Seperti biasa, saya menggunakan kaedah mudah menulis rumusan yang saya cipta sendiri iaitu KAEDAH PSTK 1621.  Kaedah ini saya reka khusus agar pelajar saya mendapat markah penuh iaitu 30/30 bagi penulisan rumusan.  Mungkin tuan-tuan dan puan-puan tertanya-tanya apa itu KAEDAH PSTK 1621.

    KAEDAH PSTK 1621 digunakan dengan menggunakan rumus matematik.  Ilham ini timbul apabila saya melihat Plat kereta.  Saya berpendapat setiap individu yang memiliki kenderaan akan ingat nombor plat kenderaan masing-masing.  Oleh itu, saya analogikan rumusan ini sebagai kenderaan pelajar, dan PSTK 1621 itu sebagai nombor platnya.  Di bawah ini rumus bagi kaedah tersebut:-

     P = Pendahuluan.
     S = Isi Tersurat  
     T = Tersirat
     K=  Kesimpulan

Biasanya pendahuluan terdiri daripada 1 ayat; oleh itu saya tandakan P=1 (maknanya satu isi; satu ayat)
Manakala isi tersurat (T) terdiri daripada 6 isi; 1 isi memerlukan 1 ayat; oleh itu 6 isi = 6 ayat    ---> S=6.
 Isi Tersirat pula diperlukan sebanyak 2 isi.  2 isi bermakna 2 ayat   ----->  T =2.  Akhir sekali, kesimpulan (K) terdiri daripada 1 ayat   ----->  K=1.  Rumusannya   PSTK 1621.

Secara keseluruhannya, saya mengandaikan pelajar akan membuat rumus begini:-

    P = 1 isi; 1 ayat   ;  satu ayat mengandungi lebih kurang 10 -14 patah perkataan.
    S = 6 isi; 6 ayat ;  6x 10 patah perkataan   ---------->        60 patah perkataan
   T  = 2 isi; 2 ayat  ; 2x 10 patah perkataan   ---------->        20 patah perkataan
   K = 1 ayat          ; 1x10- 14 patah perkataan  ------->        14 patah perkataan
                                                                                           ________________
                            JUMLAH PERKATAAN     ------->     108 patah perkataan.

Oleh itu, saya telah menyelesaikan masalah membilang perkataan dan masalah terlebih perkataan dalam rumusan.  Saya sebenarnya menggunakan jadual bagi memudahkan pelajar saya membuat kerangka rumusan, terutamanya pelajar-pelajar yang  baru  diperkenalkan dengan pengajaran menulis rumusan seperti pelajar
tingkatan 4.  Namun jadual  Jadual tersebut tidak dapat saya sertakan di sini . Cara saya membuat kerangka rumusan adalah seperti berikut:

Contoh: Pendahuluan

      Petikan merumus tentang cara-cara mengangani budaya samseng di sekolah ( 8 )

      Antara langkah-langkahnya ialah Kementerian Pelajaran Malaysian telah menghantar pekeliling kepada semua pengetua sekolah agar membanteras budaya samseng secara bersungguh-sungguh (17).  selain itu, Pihak sekolah harus menjadi tempat yang paling selamat untuk para pelajar mengadu masalah (15).  Guru kaunseling juga harus bertindak proaktif untuk merapatkan hubungan dengan pelajar (11) dan membantu mereka(3). Malahan, guru-guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar tentang keburukan budaya samseng yang akan memusnahkan hidup mereka(15).  Akhir sekali, Pengajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral dapat menitikberatkan cara-cara menjalani hidup positif dan dapat membina jati diri pelajar (17).

      Budaya samseng perlu ditangani agar dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi (10).  Selain itu, dapat mengelakkan berlakunya jenayah yang lebih  serius (9).

      Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu menangani budaya samseng di sekolah agar dapat melahirkan generasi  berwawasan (15).

Daripada rumusan itu, kita akan dapati PSTK 1621 adalah seperti berikut:

P=   1 ayat  ;  8 pp         = 2 m
S=  6 ayat   ;  78pp        = 12 m
T=   2 ayat  ;  19pp        =  4  m
K=  1 ayat  ;  15 pp       =  2 m
_________________________
      10 ayat ; 120 pp       =  20m
_________________________

  Isi             (I)  =  20m
  Bahasa      (B)=  10 m    ------>  1/2 daripada isi
                           _____
                            30 m
                           _____

Demikianlah hasil penulisan rumusan yang saya ajar pada hari ini.  rumusan  yang ditulis oleh pelajar mengandungi 120 patah perkataan menepati kehendak soalan dan semua elemen yang diperlukan ada dalam rumusan itu.   pelajar-pelajar saya sentiasa tersenyum lebar kerana kaedah PSTK 1621 ini telah memudahkan pembelajaran mereka pada hari.   Saya berharap agar saya dapat berkongsi  kaedah ini bersama-sama dengan  tuan-tuan dan puan-puan diluar sana.  Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi saya melalui email:    rohaida@gc.gmail.com.

sekian.  Terima kasih.            

                          






               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan